Tuesday 1 January 2019

DUNIA LAIN

Ok, kali ni format penulisan dan bahasa agak santai. Jangan judge haha. Mcm biasa, amiklah mana yang positif, dan buanglah mana yang negatif.



Bismillah.
Laut. Masih ingat lagi beberapa tahun lepas, pertama kali tengok air laut yang sangat jernih, Ya Rabb, amaze sangat-sangat. Airnya biru kehijauan, jernih hingga ke dasar, ikan-ikan bermain di celah-celah karang. Wau amazinggg brooo. Amazing.. (menjerit dalam hati~~). Hehehe.

Syukur, beberapa tahun lepas tu, masih diberi peluang untuk beriang-ria di laut tetapi dengan persiapan diri yang lebih kemas dan lebih bersedia bersama-sama team yang professional.

Pic: Haaa, mcmni nampak la formal skettt. Baru comey sikit nak masuk laut. Hehe.  Tapi pakai gini pon 
haritu kene jelly fish kat bibir… Hareeee btol... Jadi tebal bibir aku jap. Huhuhu.

Ok ceritanya gini, antara kegemaran aku bila menyelam di laut. Aku kadang2 menghabiskan masa untuk:

1. Memerhati ikan-ikan bermain antara satu sama lain.

2. Ikan ni masing-masing ada perangai yang selalu buat aku tersenyum sendiri.

3. Melihat respon mereka bila tengok aku. Yang paling best bila ikan-ikan ni ada perasaan ingin tahu dan curious. Dia ushaaa je kita. Apa usha-usha??? Tembak baru tau. JK.

Seronok layan tauu. U guys patut try. I pray that you guys got the opportunity too one day. Amiin~


Pic: Lawakan laut?! Nemo tu yang paling x chill. Cuak sgt org nak tangkap dia. Perasan lebih. Hehe.

Kadang-kadang aku berfikir, seronoknya mereka ye. Fun life diorang kat sini.So macam biasa, otak deep aku berfungsi! Hahaha…Just bear with me okayy. Enjoy the writing. (LUL)

Ceritanya begini..

Aku perhatikan, apa bezanya ikan-ikan ni dengan manusia macam kita ni. Ikan-ikan ni sibuk menghabiskan masa mereka tanpa sedari adanya dunia yang lain di daratan. Ikan-ikan ni manalah tahu ada Kuala Lumpur, ada Singapore, ada New York dan pelbagai lagi kemajuan. Mereka hanyalah hidup dan bermain di kawasan coral mereka. Tak salah kerana mereka memang dijadikan begitu. Nama dah binatang, mereka punyai naluri tetapi tidak akal. Hakikat penciptaan mereka memang disitu.

Cuma kita manusia ni, yang buat aku risau (peringatan untuk diri sendiri), kita ni terlalu sibuk bermain dan terlalu fokus akan hidup di dunia tanpa tujuan lain yang jelas. Adakah kita macam ikan-ikan ni, seronok-seronok bermain di kawasan masing-masing (dunia) tanpa kita sedari adanya pelbagai tempat ghaib yang lain (Syurga Neraka). Apa jaminan tiada hari pembalasan dan hari dimana Bumi yang kita duduki ini hanyalah bersifat sementara. Tak salah bermain-main dan bergembira, enjoy je. Tetapi bersederhanalah dalam semua perkara. Kita berbeza dari ikan bro. Kita ada akal dan pemikiran. Kena guna (kritikan untuk diri sendiri).

Firman Allah SWT:
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu,” 
(QS al-Hadid: 20)

That’s why I love ocean and nature so much. I can learn many new things to reflect in real life! Kadang-kadang stress jugak tetapi happy kerana alam mengajar aku banyak perkara! I will keep digging, thinking and relate. InsyaAllah! TY DD bawak aku pusing-pusing laut. U are my man bro.

Ezzat
Freediver
2nd January 2019


Friday 28 December 2018

MASA


Setelah 6 tahun lepas buat blog dan post entry yang pertama, aku decide untuk post entry yang kedua 6 tahun lepas tu.. hehe.. Jangan judge!


Bismillah ✌️
Entry ini khas untuk mereka yang selalu rasa miskin dan rasa tidak cukup. Tak kira la miskin harta, miskin ilmu atau miskin apa sekalipun. Ingat ni.

"Kita sama 'kaya' dengan orang lain kerana kita juga mempunyai harta iaitu 24 jam masa"

Itulah harta yang paling bernilai yang telah diberikan kepada manusia. Tetapi, ramai manusia tidak nampak perkara tersebut. Mereka lebih fokus untuk mengatakan, "Dia kaya boleh la.. Kalau lah aku macam dia mesti best... Kenapa la nasib aku macam ini....". Untuk golongan yang disebutkan diatas, percayalah kita juga kaya kerana kita mempunyai nikmat yang tidak terhingga. Nikmat tersebut adalah nikmat masa lapang.

"Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (Riwayat Bukhari)

Dengan masa yang ada, cuba kita gunakan untuk benar-benar memahami diri sendiri. Apa yang kita suka, tak suka, kelebihan, kelemahan, tujuan hidup dan hakikat penciptaan. Kita jadi manusia ini takkan hidup semata-mata untuk bekerja, bayar bil dan ulangi kembali perkara tersebut sampai mati tanpa ada tujuan hidup. Oleh hal yang demikian, masa boleh digunakan untuk benar-benar memperbaiki kualiti diri seperti menjaga kesihatan minda, kesihatan fizikal dan juga menuntut pelbagai jenis ilmu di dunia ini.

"Media sosial dan internet, syurga atau neraka?"

Bersyukurlah, kita di zaman moden mempunyai kecanggihan internet dan media sosial. Dengan masa dan ruang yang ada, peluang untuk belajar pelbagai jenis ilmu jadi sangat luas kerana dunia di hujung jari. Tinggal nak atau tak nak sahaja. Kita perlu fokus untuk cari perkara positif dan inspirasi kerana terdapat ramai manusia hebat di luar sana telah melakukan perkara luar biasa dalam kehidupannya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Fokusnya, guna masa lapang di media sosial dan internet untuk mencari inspirasi dan tujuan hidup.

Suka untuk dingatkan, sekiranya seseorang memilih untuk berkongsi di media sosial, sudah pasti kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Kuncinya, kita kena melihat sesuatu perkara tesebut dari sudut positif dan tolak jauh-jauh perasaan negatif. Lihatlah sesuatu perkara tersebut dengan mata hati yang ingin memperbaiki diri.

Akhir kata, kita hidup untuk mencari redha dan cinta Ilahi kerana Dia tahu segala-galanya. Jangan takut akan hidup dan cabarannya. Pencipta Yang Maha Kuasa kan ada. Dia rapat dan Maha mengetahui segala isi hati! Dan yang paling penting, gunakan masa yang ada untuk manfaat diri dan juga memberi manfaat kepada orang lain.


”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr).

P.S: Amiklah mana yang positif, buang la mana yang negatif dari entry ini. Segala yang dibincangkan tidak ditujukan specifik kepada siapa-siapa. Hanya penulisan yang bersifat neutral dan diniatkan untuk dikongsi bersama. Stay awesome guys. <3

T.kasih.


Sunday 22 April 2012

FIRST

Assalamualaikum~
Hehehehe, setelah berhempas pulas melawan perasaan malas yang mengunung, akhirnya aku berjaya membuat blog. Alhamdulillah, semuanya ketentuanNya, tetapikan tiba-tiba timbul tanda tanya.. Dengan tidak semena-menanya aku bertanya kepada diri sendiri, "Apa guna kau membuat blog sedangkan facebook pon x terlayan?!"Kahkahkah..

Ada seorang sahabat terkejut kerana masih belum mempunyai blog lagi... masakan demikian kan?! Tetapi, bila difikirkan, apakah niat aku sebenarnya untuk cuba mewujudkan blog.

Bagi aku ini adalah satu inisiatif untuk berkongsi pengalaman hidup dengan sesiapa sahaja. Di sini lah tempat untuk dijadikan rujukan dan perkongsian ilmu kepada sesiapa yang membacanya. Satu medium yang sangat berguna jika digunakan secara bijak.

Jadi ini adalah satu penambahbaikan diri yang akan cuba diusahakan.. minta-minta berjayalah.. hmm.


PLKN 2012, Perak